Nor Fazreen juga akan sentiasa memikirkan nasib mereka, terutama gelandangan yang mempunyai anak kecil.

Tidak mahu sekadar melihat, dia menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang aktif turun padang membantu masyarakat yang hidup terbiar dengan memberi keperluan seperti makanan, pakaian, selain mencari penyelesaian untuk membantu mereka.

KUANTAN, 8 NOVEMBER 2018 - Nor Fazreen Abdullah, 24 tahunGambar/Berita
 

"Sedikit sebanyak, saya bersyukur dan menghargai diri kerana diberi kehidupan yang baik berbanding dengan mereka yang diberi ujian melalui kehidupan yang perit. Saya ingin melihat mereka ini sama-sama mengecapi hidup selesa seperti orang lain.

"Saya yakin pusat sehenti ini dapat membantu mengubah nasib mereka dan secara tidak langsung, dapat

menjauhi gejala tidak sihat. Anak-anak mereka pula dapat mengikuti pembelajaran dengan selesa," ujar anak bongsu daripada tujuh beradik ini.

Tambah gadis kelahiran Kuantan, Pahang yang mesra disapa Ema itu, dia suka melibatkan diri dengan kerja-kerja kebajikan kerana selain mengetahui kisah hidup mereka, dia dapat membentuk jati diri menjadi insan lebih bersyukur dan menghargai kehidupan.

"Konsep kerja amal ini amat luas. Ia tidak terhad menerusi pemberian wang atau sumbangan barang keperluan sahaja, sebaliknya boleh dikembangkan dalam bentuk perkongsian ilmu serta pengalaman.

Dalam pada itu, Ema turut menyimpan impian untuk membuka butik pakaian dan barangan solekan wanita, namun untuk mencapai cita-cita tersebut, dia perlu bekerja keras bagi mengumpul modal.

"Buat masa ini, saya hanya menjalankan perniagaan secara dalam talian sahaja iaitu menerusi Instagram dan Facebook. Jika dikurniakan rezeki yang lebih, saya akan cari tapak perniagaan," katanya yang bekerja di sebuah syarikat sekolah memandu di Kuantan.

Ema yang gemar menghabiskan masa bersiar-siar dan menonton wayang bersama rakan-rakan turut menyukai aktiviti lasak seperti mendaki bukit serta menyertai acara larian.