Kedua-dua menu itu adalah antara hidangan istimewa yang disediakan sepanjang bufet Ramadan bermula 6 Mei hingga 4 Jun mulai pukul 6.30 petang hingga 10 malam di Garden Terrace Coffee House.

Chef Eksekutif Swiss Garden Melaka, Muhammad Ridzwan Toney berkata, jika sebelum ini menu nasi beriani menggunakan daging kambing biasa tetapi kali ini pihaknya mengetengahkan tulang kaki kambing untuk dijadikan hidangan istimewa.

“Nasi beriani didatangkan dengan adunan menggunakan banyak rempah termasuk kurma dan air mawar untuk menjadikan ia lebih wangi.

CHEF Eksekutif masakan Melayu Hotel Swiss Garden Melaka, Rahdeyah Mohd. menunjukkan sebahagian darip

CHEF Eksekutif masakan Melayu Hotel Swiss Garden Melaka, Rahdeyah Mohd. menunjukkan sebahagian daripada menu masakan kampung yang ditawarkan sempena Bufet Ramadan Cita Rasa Kampung di hotel itu tidak lama lagi, di Melaka malam ini.  -  UTUSAN ONLINE/SUFFIAN ABU BAKAR

“Selain itu banyak lagi menu lain yang disediakan antaranya kita mempelbagaikan hidangan seperti sayur terung goreng rangup bersama telur masin,” katanya ketika ditemui pada promosi makanan sempena Ramadan anjuran hotel itu di Jalan Pesisiran Bunga Raya di sini malam ini.

Yang turut hadir, Pengarah F&B hotel, Johnny Chiam dan Chef Nadia Mohd.

Menurut Muhammad Ridzwan, tema Cita Rasa Kampung sempena Ramadan kali ini menawarkan lebih 150 jenis hidangan termasuk burung puyuh goreng salut tepung, kari nangka masak lemak dan sambal sotong bersama petai.

Pihaknya juga tidak melupakan hidangan kari kepala ikan yang menjadi ikon menu terkenal hotel itu selain menu rendang ayam crispy, burung ikan siakap masak masam manis dan tiga rasa yang disajikan secara bergilir setiap malam.

“Selain itu, bufet Ramadan di Swiss Garden turut menyediakan menu-menu istimewa seperti ayam goreng lemon, asam pedas ikan, laksa nyonya dan pelbagai jenis kuih-muih tradisional dan moden,” katanya.

Sempena Ramadan kali ini, harga bufet yang ditawarkan di Swiss Garden Melaka adalah RM88 seorang untuk dewasa dan RM52 seorang untuk kanak-kanak dan warga emas.

Bagaimanapun orang ramai yang membuat tempahan awal sebelum 30 April hanya akan dikenakan bayaran sebanyak RM68 seorang dewasa manakala kanak-kanak hanya dikenakan RM38. - UTUSAN ONLINE