Nampaknya, selepas kejayaan pertama, ARJANA by Blancheur kini melancarkan koleksi NUR by ARJANA yang merupakan kolaborasi eksklusif dengan sebuah stesen televisyen tempatan, bersempena kembalinya siri televisyen hit, Nur musim kedua.

Mendapat inspirasi daripada watak Nur, rekaan #NUR by ARJANA diilhamkan daripada simbol kekuatan dalam diri wanita.

Menampilkan enam wajah wanita eksklusif iaitu Ezzah Aziz Fawzy (ikon penyiaran), Mia Ahmad (aktres), Anim Ezati Rizky (hos TV), Sara Zulkifli (hos TV & Media Digital), Eyra Zuhairah (penyampai berita & Produser) dan Hawa Rizwana (penyampai berita & wartawan).

SEORANG model menggayakan koleksi telekung ARJANA by Blancheur sempena Majlis Memperkenalkan Kolek
SEORANG model menggayakan koleksi telekung ARJANA by Blancheur sempena Majlis Memperkenalkan Koleksi Telekung dan Tudung Arjana di Kuala Lumpur baru-baru ini. 

Pengasas BLANCHEUR, ARJANA, Datin Haslinda Abdul Rahim percaya bahawa setiap wanita membawa nur yang penuh dengan aspirasi dan harapan.

Menerima sentuhan daripada beliau sendiri, Haslinda berkata, kain skirt potongan mermaid direka dengan lebihan panjang di bahagian belakang memudahkan pergerakan ketika solat agar bahagian kaki tertutup rapi.

“Ia satu inovasi yang menjanjikan keselesaan dan kesempurnaan. Koleksi ini menampilkan Telekung Premium, Skarf-Instant Designer, dan Telekung Mini yang hadir dalam beberapa rekaan untuk setiap pakaian.

“Menggunakan fabrik bermaterial ringan dan telap udara seperti Italian Cotton dan Satin Silk, koleksi ini mesti ada di setiap rumah,” katanya kepada Mega Rona.

Mengulas lanjut katanya, rekaan minimum dengan potongan indah, NUR by ARJANA membawa nafas baru dalam penampilan telekung sedia ada.

Tambahnya, NUR by ARJANA Damier diperbuat daripada fabrik Italian Cotton, kain kapas yang terasa lembut apabila menyentuh kulit dan tampak elegan dengan sentuhan rekaan renda berpetak pada bahagian atas dahi dan panel bawah.

Katanya, apa yang menjadikan telekung itu lebih istimewa adalah selain daripada hadir dalam dua rona iaitu hitam dan putih, tatahan kristal pada bahagian atas dahi ditawarkan sebagai pilihan untuk pra-pesanan.

Berharga RM320 (tanpa tatahan kristal) dan RM470 (dengan tatahan kristal), Telekung NUR by ARJANA dijangka menjadi hit sebagai telekung ideal dan sempurna.

“Seperti sebelumnya, ARJANA by Blancheur menampilkan rekaan signature tanpa kompromi ciri-ciri praktikal. ARJANA Rose, koleksi telekung paling laris kini diolah dalam koleksi NUR by ARJANA.

“Dengan rekaan face-loop yang dipatenkan dengan My IPO, potongan telekung lebih ringkas berbanding sebelum ini, namun kekal menawan dan amat praktikal,” tambahnya.

Dalam pada itu katanya, telekung dengan rekaan berlengan diperbuat daripada Peach Skin Silk hadir dalam pilihan tiga rona iaitu Pitch Black, Grey dan Rose Gold. Telekung ini dijual pada harga RM299.

Pilihan tudung ini boleh didapati di butik NUR by ARJANA yang terletak di Jalan Maarof, Bangsar.