Jawapan:

1. Sukar untuk memastikan kesahihan video ini. Besar kemungkinan rakaman ini adalah benar atau juga palsu.

2. Jika benar rakaman video tersebut, maka apakah maksud ayat minum darah Nabi. Adakah ia secara zahir dan hakikat atau sekadar kiasan sahaja. Setelah merenung dalam, nampaknya ia bermaksud secara zahir dan hakikat.

3. Tiada dinyatakan satu hadis menyuruh agar meminum darah Nabi. Mengikut sirah yang berlaku ialah perbuatan seorang sahabat yang meminum darah baginda. Perbuatan itu bukanlah arahan daripada Nabi, maka tidak menjadi keperluan, kewajipan atau sunah untuk meminum darah Nabi.

Maka dalam isu ini, tidak wajar dan seharusnya perkataan sebegini tidak diucapkan. Ini hanya akan menimbulkan keresahan dan kekeliruan dalam masyarakat Islam. Ia juga menimbulkan kelucuan dalam kalangan masyarakat bukan Muslim. Umat Islam tidak seharusnya percaya kepada cerita pelik sebegini.

Apabila kita meneliti kisah orang soleh dan wali Allah, golongan soleh terdahulu tidak membuat dakwaan sedemikian. Apa yang berlaku ialah penceritaan orang lain menyaksikan perkara aneh berlaku.

Seorang wali, Tok Kenali contohnya, tidak pernah mendakwa bahawa beliau dapat ke mana sahaja dengan segera, tetapi masyarakat menceritakan keajaiban yang berlaku. Tok Kenali tidak pernah berkata bahawa hatinya sentiasa berzikir, namun diceritakan bahawa Tok Kenali adalah insan yang banyak zikirnya. Maka tradisi orang soleh tidak akan mendakwa perkara pelik dengan begitu mudah.

 

Ciuman ibu bapa, ciuman rahmat

Ketika anak kecil, ibu dan bapa mencium anak-anak di pipi. Adakah masih lagi harus bagi ibu bapa mencium pipi anak-anak yang sudah besar?

Jawapan: Ciuman ibu bapa adalah ciuman kasih sayang dan rahmat. Ia adalah tanda kasih sayang ibu bapa terhadap anak. Maka kasih sayang dan rahmat ini tidak hilang walaupun anak sudah besar.

Ini sama sebagaimana anak kecil mencium tangan ibu bapa. Ia sebagai tanda hormat seorang anak kepada ibu bapa. Maka tanda hormat ini tidak hilang walaupun si anak sudah besar dan dewasa.

Dalam riwayat hadis, diceritakan bahawa Nabi akan mencium puterinya, Fatimah r.ha. apabila bertemu. Ini menunjukkan bahawa harus bagi ibu bapa mencium anak yang sudah dewasa.

 

Upah bela lembu korban

Saya bercadang melakukan ibadat korban. Oleh kerana harga haiwan korban agak mahal, maka saya bercadang membeli beberapa anak lembu. Anak lembu ini dipelihara di kampung danada orang yang akan memelihara lembu ini. Bagaimana upah yang

harus diberikan?

Jawapan: Antara kontrak upah yang baik dan mudah ialah upah atas pekerjaan dilakukan. Contohnya, pihak tuan membeli lima anak lembu. Anak lembu ini dipelihara. Maka pada hujung bulan atau sebelum korban dilakukan, upah diberikan. Kadar upah ini hendaklah dijelaskan dan dipersetujui. Ini agar tidak timbul perbalahan pada masa akan datang.

CAP

Isteri doa suami bisu

Adakah berdosa jika si isteri berdoa agar Allah membisukan suaminya. Ini kerana suaminya suka bercakap kasar dan menyakiti hati orang lain?

Jawapan: Seeloknya adalah dengan berdoa untuk kebaikan dunia dan akhirat. Doa yang terbaik adalah agar si suami diberi hidayah iman untuk meninggalkan perbuatan tidak baik. Jika didoakan bisu, ia tidak baik untuk kehidupan dunia. Maka berdoalah agar diberi hidayah iman untuk terus memperbaiki akhlak.