Bukan sahaja sanggup berpanas dan berhujan demi mencari rezeki buat keluarga tercinta, ibu bapa langsung tidak pernah mengutamakan kepentingan diri mengatasi keperluan anak-anak.

Betapa besar pengorbanan yang dicurahkan demi memastikan anak-anak mampu membesar dan memperoleh kejayaan terbaik di dunia dan akhirat biarpun diri menjadi pertaruhan demi melihat kebahagiaan anak tercinta.

Atas alasan tersebut, seorang pemuda Syria yang merupakan pelarian di negara sendiri memeluk erat bayinya setelah mereka dibawa menyeberang padang pasir yang dikawal oleh Pasukan Demokrasi Syria (SDF) bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini semasa pertempuran dengan pihak pengganas Daesh di daerah Baghuz. - AFP