Yang Dipertuanya, Nik Omar Nik Abdul Aziz berkata, perkara ini melibatkan semua pihak sama ada kerajaan pusat, kerajaan negeri, pembangkang, individu ataupun badan bukan kerajaan (NGO).

“Semua bertanggungjawab untuk menyebarkan ilmu dan kebaikan sekali gus menjadikan Malaysia sebagai contoh dari sudut pembangunan fizikal dan tamadun.

“Segala aset perlu diurus dengan penuh tanggungjawab supaya ia dapat dikembalikan aset kpd rakyat. Itu adalah hasrat dan keprihatinan kerajaan negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Karnival Ambang Ramadan di Sekolah Kebangsaan Mentuan di sini hari ini.

Yang turut hadir, Guru Besar SK Mentuan, Mohd. Zaki Said.

Karnival yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini melibatkan lebih 20 gerai jualan dan pameran dari agensi kerajaan. - UTUSAN ONLINE