Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, beras itu berjaya dikumpulkan hasil sumbangan pelbagai pihak.

Katanya, sumbangan itu dikumpul melalui Pertubuhan Kebajikan Asnaf Gua Musang (PEKA GM) yang ditubuhkan sejak lebih setahun lalu bagi menjaga mereka yang berada dalam kesusahan.

“Pada malan tadi telah diadakan program permulaan untuk agihan beras kepada kumpulan asnaf yang tinggal di rumah Projek Perumahan Masyarakat Setempat (PPMS) Chin Teck, di sini.

“Program menjelajah untuk mengagihkan beras itu akan dilakukan sehingga menyambut bulan Ramadan nanti,” katanya pada majlis pengagihan beras di Surau PPMS Chin Teck, di sini, malam tadi.

Mohd. Syahbuddin berkata, pihaknya amat mengambil berat mengenai kehidupan penduduk yang berdepan kemiskinan.

Katanya, sumbangan beras terbesar itu julung kali diadakan.

“Kita bekerjasama dengan beberapa pihak termasuklah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mengenal pasti mereka yang benar-benar memerlukan sumbangan.

“Kita mengalu-alukan sumbangan orang ramai dan bantuan pelbagai barangan boleh menghubungi talian 09-9121887 atau bantuan wang ringgit ke akaun CIMB bernombor 8603380243,” katanya. - UTUSAN ONLINE