Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Datuk Paduka Nora Abdullah.

Pameran berkenaan diadakan di Impiana KLCC Hotel, Kuala Lumpur. Ia dianjurkan oleh pengeluar barang kemas ‘Diamante’ yang berpusat di Bangkok, Thailand.

Majlis peragaan fesyen tersebut pula adalah hasil kerjasama di antara pihak Diamante dengan pengeluar pakaian jenama ‘Khatreena’ milik Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail.

Koleksi jenama Khatreena boleh didapati di butik FashionValley dan butik ShoesShoesShoes di Pavilion, Publica, Bangsar Village 2 dan Bangsar Shopping Centre Jalan Telawi Kuala Lumpur.

Kesemua rekaan yang diperagakan merupakan rekaan khas yang dihasilkan untuk tempahan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi. Bagi yang berminat bolehlah melihat ‘Koleksi Raya’ rekaan ‘Khatreena’.

Bagi yang berhasrat untuk membuat tempahan bolehlah melayari laman sesawang fashionvalet.com dan juga di Instagram ‘khatreena.ms’ serta boleh emel ke [email protected] bagi sebarang makluman lanjut. - UTUSAN ONLINE