Pindaan ini memberi ransangan kepada mahasiswa untuk lebih ke depan dan berfikiran lebih matang dalam merungkai persoalan gergasi  di benak fikiran mereka.

Kita dapat lihat bahawa kerajaan pada hari ini mengambil penekanan yang lebih serius terhadap mahasiswa dalam menyediakan golongan anak muda ini untuk masa yang akan datang.

Ada segelintir masyarakat yang menafikan kegiatan mahasiswa berpolitik kerana memikirkan mahasiswa masih mentah. Namu begitu, sebilangan besar masyarakat telah memberi respon yang positif kerana melihat kepada kemampuan dan prestasi mahasiswa mengeluarkan buah fikiran serta berbahas secara kreatif dan  kritis di ruang yang disediakan.

Masyarakat Malaysia melihat potensi besar  yang ada pada golongan inteletual ini yang harus digilap supaya menjadi tonggak utama masyarakat setempat bahkan mahasiswa hari ini juga dikatakan bakal menjadi peneraju negara pada dekad yang akan datang.

Sikap cakna mahasiswa kepada masyarakat juga dapat dilihat melalui pelbagai program yang direncanakan seperti Bakti Siswa, Siswa Masuk Kampung, Yayasan Sukarelawan Siswa dan sebagainya.

Kerajaan memberi sokongan penuh kepada mahasiswa dalam menjalankan program seperti ini kerana akan lebih mendekatkan mahasiswa dengan masyarakat setempat.

Mahasiswa pada hari ini yakin dan percaya bahawa segala perancangan yang dibawa oleh kerajaan pada hari ini adalah satu suntikan baharu kepada masyarakat dalam mendepani masa depan milenia kini.

Saya berharap agar pihak kerajaan akan terus memberi ruang dan peluang kepada mahasiswa untuk berbakti, agar setiap lapisan masyarakat dapat memainkan peranan mereka dalam membantu kerajaan membangunkan negara yang tercinta ini.