Sehubungan dengan itu, Majlis Belia Malaysia telah memperkenalkan logo 7 Dekad sempana ulang tahun pertubuhan ini sekali gus memberikan satu dimensi baharu kepada pergerakan belia di tanah air.

Ujar Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong, bagi menterjemahkan rasa penghargaan atas sumbangan institusi masyarakat tersebar di Negara ini, satu program belia akan diadakan.

“Program ini merupakan sambutan 7 Dekad, hari jadi ke-70 Majlis Belia Malaysia dan kita akan buat pelbagai program selama dua hari daripada 22 hingga 23 Julai di Bangi Konvesyen Avenue Center.

“Jadi saya nak jemput semua anak muda di Malaysia ini, marilah ke program kami kerana ada banyak aktiviti yang menarik seperti pameran kerjaya, gaya hidup sihat, aktiviti belia dan pengunjung juga berpeluang menerima pelbagai informasi berkaitan belia di kawasan masing-masing,” katanya kepada Utusan Online.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Online selepas melancarkan majlis Pelancaran Logo Sambutan 7 Dekad MBM di Akademi Latihan Pendidikan Vokasional (VETA), dI Kuala Lumpur, 6 Julai lalu.

Turut hadir Setiausaha Agung MBM, Ahmad Saparudin Yusup serta pelakon dan pelawak, Shahrol Shiro dan penyanyi, Black Hanifah yang dilantik sebagai duta bagi program Sambutan 7 Dekad Majlis Belia Malaysia (MBM).

Sambutan dan pengenalan logo program 7 Dekad merupakan simbol penghormatan kepada kejayaan pemimpin-pemimpin belia terdahulu dalam memartabatkan golongan belia hingga berjaya melahirkan tokoh serta negarawan yang disegani dalam pelbagai bidang dan lapangan. - UTUSAN ONLINE