MDT yang memulakan pembukaan gol pada minit ke-43 melalui sepakan percuma oleh Ketua Pasukan MDT, Razilawali A. Wahab, membuatkan pasukan Korea Selatan lebih garang pada separuh masa kedua.

Korea Selatan akhirnya berjaya menjaringkan gol penyamaan yang disumbangkan oleh Jung Jun Yeong .



Keghairahan pasukan MDT untuk menundukkan wakil Asia Pasifik ke Temasya Deaflympics Kali ke-23 di Samsun, Turki pada tahun lalu itu akhirnya terhasil dengan jaringan kedua melalui gerakan solo Razilawali A. Wahab dari sebelah kiri padang dengan sepakan kencang ke arah gawang gol.

MDT terpaksa akur apabila pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada Korea Selatan pada masa tambahan minit ke-91 dan peluang ini tidak disia-siakan oleh Kim Jong Hun untuk menyamakan jaringan.

Keputusan penuh menyaksikan Malaysia terikat dengan Korea dengan jaringan seri 2-2.

Ahad ini MDT akan bertemu dengan pasukan Uzbekistan pada perlawanan kedua peringkat kumpulan A bertempat di Stadium Kedua Pusat Bola Sepak Changwon.