Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, seminar ini adalah satu platform untuk guru berkongsi ideologi serta teknik terkini dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

“Ini merupakan salah satu pendekatan bagi membantu sistem pendidikan negara dalam melahirkan guru yang berkualiti di masa hadapan.

“Dijangkakan antara 300 hingga 400 peserta bakal menyertai seminar tersebut yang penyertaannya terbuka kepada guru dan pensyarah,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPSI, Prof. Dr. Mohd. Sahandri Gani Hamzah.- UTUSAN ONLINE