Program dibawah seliaan pensyarah kanan, Dr. Teo Eng Wah itu bermula sepanjang bulan April dan Mei melibatkan 17 orang pelajar menerusi program ‘Cat Adoption Drive’.

“Program ini menggalakkan orang ramai untuk membawa pulang kucing-kucing terbiar di sekitar Lembah Klang.

“Program ini telah mendapat sambutan yang baik daripada orang ramai dan beberapa ekor kucing telah berjaya mendapat tuan baharu. Program tersebut diteruskan dengan ‘Cat Adoption Drive 2.0’,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, baru-baru ini.

Program tersebut turut mendapat kerjasama daripada Society For The Prevention of Cruelty To Animals yang merupakan rumah penjagaan haiwan seperti kucing dan anjing terbiar.

“Pelajar-pelajar tersebut telah membantu mereka untuk membersihkan tempat penjagaan anjing dan kucing di situ, bukan itu sahaja malah, pejabat dan juga ruang menunggu turut dibersihkan.

“Kerja-kerja sukarelawan ini akan berterusan setiap minggu sehingga 28 April. Kami juga berharap agar kes-kes penderaan atau keganasan terhadap haiwan-haiwan terbiar berkurangan,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE