Ketibaan pasukan Malaysia itu dengan menaiki pesawat Air Asia D7518 dari KLIA2, disambut dengan bahasa isyarat oleh sukarelawan Korea, sebelum dibawa ke Pusat Bola Sepak Changwon yang akan menjadi perkampungan sukan sepanjang kejohanan berlangsung.

Ketua Jurulatih MDT, Manachai Sitthisarn berkongsi maklumat dan memberi kata-kata semangat kepada pemain MDT semasa menjalani latihan di Pusat Bola Sepak Changwon, Korea Selatan.

MDT yang memulakan latihan pertama di padang rumput tiruan Changwon pada suhu 12 darjah Celsius dijangka tidak canggung beraksi kerana telah berkesempatan menjalani latihan suhu sejuk di Cameron Highlands selama dua minggu sebelum berlepas ke sini.  

Selain MDT, beberapa negara lain yang turut serta antaranya Thailand dan pasukan tuan rumah iaitu Korea Selatan.

Pagi ini, MDT menjalani latihan penyesuaian untuk hari kedua sebelum memulakan sepak mula esok, dalam perlawanan pertama bertemu pasukan tuan rumah.