Program yang akan berlangsung selama tiga jam  dari pukul 8 malam di Wisma Belia, Jalan Syed Putra dekat sini itu akan dirasmikan oleh Sasterawan Negara Datuk Seri A. Samad Said.

A. Samad Said
A. Samad Said

Selain beliau, program pada malam esok akan dimeriahkan dengan kehadiran penyanyi puisi seperti Siso Kopratasa, Adiwangsa Sukma, Kelab Kau Sumber Inspirasi Hajjah Fauziah, Rashidi Abdullah dan Dinie & Khai (pemuisi buta).

Menurut Presiden MAYC Kebangsaan, Mohd. Syahbuddin  Hashim, MAYC sememangnya sentiasa menganjurkan program-program berbentuk patriotik dan kenegaraan seperti.

"Di Kelantan hari ini kita anjurkan perarakan dan perlumbaan bot sempena Hari Kemerdekaan ke-61. 

"Esok pula kita akan bersama-sama Pak Samad untuk mengalunkan bait-bait puisi," katanya.

Pada program ini ahli-ahli MAYC dari seluruh negara akan hadir bagi sama-sama mendeklamasikan puisi patriotik.

Selain itu golongan belia dari pusat pemulihan akhlak dan pusat latihan orang kurang upaya turut dijemput bagi sama-sama merasai semangat cintakan negara. - UTUSAN ONLINE