Kesepakatan itu dicapai dalam pertemuan di antara Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan Palestinian Cultural Organization Malaysia (PCOM) di pejabat MBM di sini hari ini.

Dalam pertemuan itu, MBM diwakili Presidennya, Mua'amar Ghadafi Jamal Jamaluddin dan Setiausaha Agung Ahmad Saparudin Yusup manakala delegasi PCOM diketuai oleh Pengerusinya Muslim Imran dan Pegawai Perhubungan Awam,  Abdullah Waleed.

Mua’amar Ghadafi Jamal menyampaikan komitmen MBM untuk mengatur program susulan bagi merealisasikan usaha kesatuan ummah dan masyarakat dunia.

"Ini penting penting sebagai tanda keprihatinan MBM trerhadap kedua-dua isu ini," katanya.

Untuk rekod MBM telah menghadiri persidangan di Ramallah Palestin awal tahun ini dalam rangka sokongan MBM dan belia Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin dan membina hubungan dengan belia Palestin.