Kursus itu dianjurkan oleh Majlis Belia Malaysia (MBM) yang diamanahkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Pemerhati Tempatan bagi PRU-14 ke-14. 

Untuk rekod MBM juga telah menjalankan tugasan ini pada PRU-13.

Presiden MBM, Mua’amar Ghadafi Jamal Jamaludin berkata, tanggungjawab Pemerhati NGO Tempatan ini memberi ruang kepada para pimpinan dan ahli belia setempat melalui sendiri proses pilihan raya di negara ini.

Ini juga adalah komitmen MBM sebagai sebuah badan induk pertubuhan belia tertinggi negara bersama melancarkan sistem demokrasi berparlimen di negara ini.

Pemerhati Tempatan NGO ini menjalani sesi taklimat dan penerangan tugasan yang disampaikan oleh pegawai SPR. 

Penerangan ini meliputi tugasan pemerhati bermula dari pembubaran Parlimen, penamaan calon, tempoh berkempen, pengundian sehingga pengumuman keputusan dibuat.