Program yang bermula di Stadium Negeri Kuala Terengganu disusuli Pulau Pinang dan Kuala Lumpur itu telah dirasmikan ketiga-tiganya oleh Presiden MAYC Kebangsaan, Mohd. Syahbuddin Hashim.

Selain Himpunan Hari Keluarga MAYC Negeri, Mohd. Syahbuddin turut merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan MAYC Negeri-Negeri terlibat menjelang Mesyuarat Agung Tahunan MAYC Kebangsaan pada Julai nanti.

Beliau dalam ucapannya mengucapkan syabas dan tahniah kepada MAYC ketiga-tiga negeri berkenaan kerana telah menjalankan tanggungjawab berpersatuan apabila berjaya melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan MAYC Negeri masing-masing.

"Saya juga gembira apabila MAYC Terengganu, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur berjaya menganjurkan Himpunan Hari Keluarga MAYC masing-masing.

"Komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan seluruh kepimpinan dan -ahli MAYC di negeri-negeri terbabit membuktikan bahawa MAYC akan terus bersama Malaysia Baharu memperjuangkan hak dan kepentingan golongan belia di negara ini," katanya.

Mohd. Syahbuddin turut menyeru MAYC negeri yang lain agar dapat melaksanakan mesyuarat agung tahunan masing-masing sebelum Mesyuarat Agung Tahunan MAYC Kebangsaan yang dijadualkan pada Julai nanti.