Menyedari kepentingan itu, Kelab Sukarelawan Sekolah Malaysia iM4U (SSMiM4U) Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Serai, Dungun, Terengganu telah menyertai Program Pembersihan Pantai di Pantai Teluk Bidara, Dungun pada 7 April lalu.

Program ini dicetuskan oleh Lang Tengah Turtle Watch Sdn. Bhd. sebagai satu inisiatif sumbangan kepada masyarakat dalam bentuk khidmat sosial.

Sekolah-bersih pantai
ANGGOTA Kelab Sukarelawan Sekolah Malaysia iM4U (SSMiM4U) Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Serai bergambar dengan penganjur Lang Tengah Turtle Watch Sdn. Bhd. ketika menyertai Program Pembersihan Pantai di Pantai Teluk Bidara, Dungun pada 7 April lalu.
 

Sebanyak 52 orang ahli kelab SSMiM4U bersama-sama enam orang guru menyertai aktiviti ini yang mengetengahkan kerja pembersihan pesisir pantai sebagai fokus utama di samping beraktiviti riadah dan penerangan tentang penjagaan alam sekitar oleh Lang Tengah Turtle Watch.

Menurut guru penasihat kelab, Noorhamizah Habali, program sebegini dapat meningkatkan kesedaran ahli kelab tentang kecaknaan terhadap alam sekitar, kepentingan memberi khidmat masyarakat di samping memenuhi masa lapang murid dengan aktiviti berfaedah secara terancang.