Senario itu bagaimanapun berubah di Flat Larkin Johor Bahru, apabila peti surat yang telah sekian lama kelihatan tidak kemas kerana “kotoran melekat” kini kembali berkilat dan bersih hasil kerja seramai 30 orang sukarelawan belia berkemahiran. 

Kerja-kerja sukarela itu dilakukan oleh belia terbabit di bawah Projek #KasiKilatPetiSurat anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) yang melibatkan keempat-empat blok perumahan itu pada Sabtu lalu.

“Pelaksanaan idea ini pasti memberi kesan kepada penduduk Flat Larkin. Pada masa sama kita mendidik para sukarelawan belia dan masyarakat bahawa untuk melaksanakan kerja komuniti tidak memerlukan kos yang besar,” kata Ketua Penerangan MBM, Mohammad Rizan Hassan.

Selain kehadiran penduduk Flat Larkin, turut menjayakan aktiviti ini ialah Ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Zon Larkin, Hamid Halidek, Ketua Kampung Dato’ Onn Jaffar, R. Azmi Aris dan Ketua Kampung Melayu Majidee, Mohd. Hairuddin Abd Hamid.

Meskipun akhir-akhir kini timbul kebimbangan terhadap pudarnya semangat kesukarelaan, jelas daripada kegiatan yang dijalankan MBM ini membuktikan amalan itu belum pupus, kata Hamid.

"Di sana sini masih terdapat para sukarelawan belia yang sentiasa tampil untuk menabur khidmat dan keringat, setiap kali tenaga sukarela diperlukan,” tambahnya.

PENULIS ialah Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia (MBM).