Berkonsepkan santai, program anjuran Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) dan Majlis Belia Malaysia (MBM)  itu sebenarnya telah digerakkan sejak April lalu, dengan menyasarkan kesemua wilayah tanah rancangan Felda.

Program berbentuk interaksi sambil memberikan informasi tentang dasar-dasar kerajaan itu ternyata berjaya menarik perhatian masyarakat termasuk golongan anak muda Felda.

Presiden MBFM, Mohd. Fadzli Hasan berkata, program ini diatur sebagai salah satu usaha menyediakan platform interaksi di antara persatuan belia dengan aktivis masyarakat khususnya di tanah-tanah rancangan Felda.

"Sesuai dengan konsep santai, kita juga menampilkan beberapa artis tempatan yang secara sukarela bertemu masyarakat antaranya Sharol Shiro, Ronnie Hussin, Shariff (kumpulan ZERO) dan Joey," katanya.