Kempen yang bermula sejak awal Februari itu adalah anjuran Jabatan Pendidikan Negeri  Terengganu dengan kerjasama pihak sekolah bertujuan mendedahkan murid-murid dengan kaedah perlindungan diri dan kesedaran tentang bahaya penyalahgunaan dadah.

Sepanjang kempen tersebut berlangsung, murid-murid ditayangkan video pendidikan dan aktiviti berkaitan bagi membangkitkan kesedaran terhadap langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan keselamatan mereka.

SK Maras mempunyai 350 murid dengan kira-kira 30 orang guru yang komited. 

Dalam kempen itu, penuntut TESL UniSZA yang terlibat dengan kempen I'm Safe berpeluang menimba ilmu dan pengalaman daripada guru-guru SK Maras untuk mengendalikan program melibatkan murid-murid yang boleh digunakan oleh mereka pada masa depan.