Usaha mendekati mereka yang rata-ratanya terjebak dalam lembah gelap itu atas desakan hidup dan menjadi mangsa keadaan, adalah sebahagian daripada gerakan kemanusiaan MBM selepas menyantuni kumpulan pengguna dadah minggu lepas.

Ketua Penerangan MBM, Mohammad Rizan Hassan berkata, daripada program itu, pihaknya dapat menyelami kisah kemanusiaan di sebalik penglibatan golongan itu dalam kegiatan pelacuran dan tidak bermoral.

"Kebanyakan pekerja seks adalah mangsa keadaan yang terdesak untuk menanggung kos pengajian sambil membantu ibu bapa di desa, atau ada juga yang dijual oleh orang yang dipercayai. Segala macam jenis pelanggan mencari mereka.

“Agak ramai pekerja seks disini, campuran pelbagai warna kulit dan kerakyatan serta transgender yang perlu kita dekati dan tangani dengan hikmah dan berlembut, bukan kekerasan,” katanya yang turut sama menyertai gerakan kemanusiaan itu yang dinamakan Salam Anak Muda.

Program ini adalah kolaborasi dengan Federasi Kebangsaan Pekerja Belia (FKPB) dengan sokongan para aktivis sosial di Chow Kit. Dalam program itu, MBM turut mengedarkan bantuan makanan dan keperluan kebersihan diri kepada kumpulan terbabit.

“Kita perlu menjadi pendengar yang baik agar kita ikhlas memahami  permasalahan mereka. Golongan muda dan masyarakat Malaysia tidak patut menyisihkan mereka sebaliknya bersedia memberikan peluang kedua agar kumpulan ini tidak terus terpinggir,” tambahnya.