Antara gelagat menarik yang dapat dilihat ialah keterujaan guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Bentong di Karak, Pahang, memakai pakaian seragam sekolah ketika sambutan diadakan di sekolah itu, semalam.

Guru SMK Seri Bentong sebanyak 58 orang nampaknya tidak teragak-agak berpakaian sama seperti 500 murid sekolah berkenaan, bagi mengimbau kenangan mereka ketika di zaman sekolah dan mungkin pada masa yang sama cuba menyelami perasaan anak-anak murid masing-masing.

Tambah menarik, para guru turut menyewa bas sekolah seiring dengan konsep Back to School atau Kembali ke Sekolah, untuk menghadiri sambutan hari yang cukup bermakna buat mereka itu.