Ketua Pengerangan Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohammad Rizan Hassan berkata, kos buruh, kuasa, pengangkutan dan bahan mentah adalah faktor-faktor yang mendorong industri untuk memilih lokasi operasi setelah mengambil kira kemudahan mengisi pekerjaan diperlukan.

"Peluang pekerjaan bergerak dari negara ke negara didorong oleh kos dan kecekapan. Satu persamaan utama yang kini mempunyai kesan besar ke atas lokasi kerja ialah keseimbangan antara kos buruh dan penerapan teknologi untuk mengurangkan komponen buruh bukan hanya dalam sektor pembuatan tetapi juga dalam banyak perkhidmatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi Suara Belia Mahir bersama 50 orang belia berkemahiran industri pembinaan di AMTRC Academy, Sungai Petani kelmarin.

Tambahnya, situasi kini semakin mencabar dan bagaimana negara mempersiapkan graduan TVET hari ini mempunyai kesan besar terhadap perkembangan negara dan dunia pada hari esok. Dalam kata lain, sistem TVET di Malaysia perlu kekal relevan.

"Soalnya mampukah kita menarik golongan muda yang terbaik dan cemerlang untuk menyertai institusi TVET,” ujarnya.