Program anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) itu bertujuan menyediakan golongan belia dengan pengetahuan menghadapi era globalisasi yang penuh dengan pelbagai cabaran dan tentangan.

Majlis penutup kem itu disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Selangor, Mu’azamir Jili. Turut hadir ialah Pengarah Pusat Belia Antarabangsa, Dr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee dan Ketua Penerangan MBM, Mohammad Rizan Hassan, yang juga berperanan sebagai panel pemilihan kem kali ini.

Mu'azamir dalam ucapannya berkata, golongan belia masa kini tidak terlepas daripada berhadapan dengan cabaran teknologi, ekonomi, sosial dan politik, yang akan menguji kemampuan dan ketahanan mereka.

"Justeru, penglibatan belia Malaysia menimba pengalaman di luar negara amatlah penting dalam konteks pembinaan bakat dan potensi," katanya.

Melihat kepada keterampilan para peserta, pendekatan penghakupayaan belia yang dilaksanakan dan diamalkan selama ini diyakini semakin berjaya melahirkan golongan belia yang berkualiti.

Dengan perkaderan yang bersistematik, kerjasama erat KBS dan MBM telah mempersiapkan belia dengan idealisme, aktivisme dan intelektualisme yang terpuji.