Sebanyak empat tukang gunting rambut yang terlatih di bawah program Belia Mahir dibawa khas untuk melaksanakan khidmat bakti itu pada tahun ini.

"Khidmat yang kita tawarkan ini adalah acara tahunan yang kita lakukan setiap kali bulan Ramadan sebagai amal jariah kepada warga kota. Ini umpama hadiah kepada mereka menjelang ketibaan Syawal tidak lama lagi," kata Ketua Penerangan MBM, Mohammad Rizan Hassan.

Pada program kali ini, seramai 100 orang warga kota telah berpeluang untuk digunting rambutnya secara percuma.