Dulu saya ikutkan saja kehendak dan tema kumpulan. Kini tidak lagi. Saya bebas buat keputusan sendiri. Ramai yang cakap Zizi ini seksi. Kalau pakai baju mesti nak kena dedah sini sana.

Awak rasa tak sebegitu tak? Tak pula saya rasa macam itu. Saya rasa macam biasa saja. Kalau setakat pakai singlet, takkanlah saya terus dilabelkan wanita seksi. Sebenarnya ia tidak seteruk disangka sebab selama ini pun, saya masih menjaga batasan.

Saya tak pernah pun pakai skirt atau seluar pendek paras atas lutut kalau keluar rumah. Habis tu sampai menyamakan awak dengan bintang porno tertentu? Itu memang dah keterlaluan namanya? Komen sikit. Nak tutup mulut orang bukan kerja mudah.

Walaupun terkilan apabila disamakan dengan bintang porno itu, nak buat macam mana. Siapalah saya nak menahan orang luar daripada berkata tentang saya. Kalau dilayan cakap-cakap sebegini, memang boleh sakit jiwa gamaknya. 

JIKA diikutkan nama penyanyi Zizi Kirana pada hari ini lebih terserlah berbanding pada saat awal kemunculannya sedekad lalu. Ramai yang perasan kehadiran penyanyi ini pada hari ini. Jika dulu, barangkali tidak.

Ada yang kata, imej seksinya itu yang membuka mata orang ramai terhadapnya. Daripada kurang terserlah, anak kelahiran Sabah ini ‘menangkap’ mata sesiapa saja yang melihat penampilannya itu.

Gara-gara gemar memakai baju yang mendedahkan kulit itu, Zizi mengakui beberapa kali pernah menjadi objek pemuas nafsu lelaki berhidung belang. Lebih teruk lagi, pelbagai tawaran kurang bermoral diterima.

Antara tawaran yang pernah diterima adalah apabila ada pihak yang mengajak dirinya untuk tidur bersama. Ada yang menawarkan dia menjadi perempuan simpanan oleh individu yang mendakwa dirinya orang kaya.

“Cik abang, usah nak menggatal. Saya tak layan orang yang ada udang di sebalik batu ini. Nak macam-macam boleh jalan. Maaf, saya tak layan,” ujarnya berterus terang.

Imejnya yang ditampilkan itu barangkali ada yang menyangka penyanyi lagu Siapa Yang Bap Bap ini seorang yang gemar bersosial. Walhal dia bukan jenis sebegitu.

Jika tidak terlibat dengan mana-mana jadual persembahan, Zizi akan bersama rakan-rakannya. Tak usah bercakap pasal kelab hiburan, dia bukan jenis yang kuat melepak ke tempat sebegitu.

“Paling kuat pun saya melepak di mamak. Tak mainlah kelab-kelab malam ini. Saya bukan macam jenis yang berparti sepanjang masa. Habis kerja, balik rumah dan berehat.

“Saya bukannya ada kekasih, jadi tak keluar dating pun. Yang orang kata saya baru putus cinta itu semua auta belaka,” kata pemilik nama sebenar Nur Fazelah Mad Tahil.

Baru-baru ini, kecoh Zizi meluahkan perasaan kecewanya terhadap seorang lelaki yang dipercayai kekasihnya dalam Instagram. Mereka dikatakan sudah menjalinkan hubungan cinta selama 10 tahun lamanya.

Drama putus cinta itu hanya sekadar kekecewaan kerana bintang bola sepak pujaannya, Aaron James Ramsey itu berpindah dari kelab bola sepak Inggeris, Arsenal ke kelab Itali, Juventus.

Tak pernah membuat pembedahan plastik di bahagian wajah atau hidung. Semua asli.

Pengumpul kasut sneakers. Ada lebih 100 pasang koleksi dalam simpanannya.

Namanya semakin dikenali di Indonesia selepas menyertai Dangdut Academy Asia 2 pada 2016.

Berat badan terkini adalah 42 kilogram. Tak boleh lebih daripada itu kerana dia perlu cergas untuk persembahan live.

Sakit mata kalau lihat benda bersepah depan mata. Walaupun penat tetap berkemas dahulu.