ZAYN MALIK dan Gigi Hadid akhirnya berpisah sebagai pasangan kekasih.

Menggunakan Twitter untuk mengumumkan keputusan tersebut, menurut sumber antara sebab perpisahan ini terjadi adalah kerana komitmen kerja Malik dan Hadid dan tekanan hubungan mereka yang mendapat perhatian ramai.

“Gigi dan saya mempunyai hubungan yang sangat bermakna, saling menyayangi dan seronok.

“Saya sangat menghormati Gigi sebagai seorang wanita dan kawan. Dia adalah seorang yang sangat baik,” kongsi Zayn di Twitter.

Pasangan ini juga turut berterima kasih kepada peminat yang menghormati keputusan mereka untuk berpisah.

Menurut sumber walaupun Malik dan Hadid, 22, bukan lagi pasangan kekasih kini, kedua mereka kekal menjadi rakan baik dan akan menyokong kerjaya masing-masing. - UTUSAN ONLINE