Lagu yang liriknya ditulis oleh ikon negara itu bersama Reyza Hamizan turut dinyanyikan beliau bersama pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia 2014, Ewal dan penyanyi rap, Shazzwan.

Menurut Wah, sebagai anak jati negeri ini, beliau sangat berbesar hati dan teruja kerana diberi peluang dan tanggungjawab untuk mencipta lagu rasmi Sukma Perak.

Katanya, lagu yang mempunyai rentak rancak dan lirik yang mudah dihayati itu dicipta khusus untuk meraikan dan menyuntik semangat atlet-atlet yang terlibat.

"Syukur lagu saya dipilih sebagai lagu tema Sukma Perak. Terima kasih kepada Menteri Besar dan kerajaan negeri kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menghasilkan lagu tema.

"Lagu ini mempunyai nilainya yang tersendiri dari segi pendengaran kerana ia rancak, menghiburkan, melodi yang mudah dan senang dinyanyikan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE