Mengumpulkan 11 kumpulan muzik tempatan dan antarabangsa, apa yang menariknya mengenai Festival SoundValley 2017 adalah gabungan kumpulan muzik lama dan baharu seperti Wings, Hujan, Casaandra, Loudmess, May dan banyak lagi.

Kali pertama diadakan tentunya gabungan dua acara yang akan diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) ini dilihat sebagai satu tarikan baharu buat peminat muzik dan automatif.

“Tahun ini, Malaysia Autoshow 2017 yang akan diadakan pada 11 dan 12 November depan dijangka menarik lebih ramai pengunjung dengan pelbagai keistimewaan.

“ Penganjuran Festival SoundValley adalah tarikan baru selari dengan perkembangan Malaysia Autoshow 2017,” kata Datuk Madani Sahari, Ketua Pegawai Eksekutif, Malaysia Automotive Institute (MAI).

Festival SoundValley 2017 ini juga memberi peluang kepada pemegang tiket konsert berkenaan untuk menyaksikan Malaysia Autoshow 2017 secara percuma. Sementara itu harga tiket untuk Festival SoundValley bermula dari RM98 sehingga RM 588 dan boleh didapati daripada www.airasiaredtix.com. - UTUSAN ONLINE