SUFIAN SUHAIMI

Malah Sufian juga enggan lagi dikaitkan dengan bekas tunang, Elfira Loy yang kini telah pun mengikat pertunangan dengan Muhamad Faris Khairol Anuar dan bakal mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan.

Kata penyanyi Di Matamu itu, dia telah lama berubah, cuma warganet saja yang belum dapat terima kenyataan bahawa antaranya dengan Elfira tidak ada apa-apa hubungan lagi.

“Bukan saya tak ‘move on’ tapi warganet yang belum dapat menerima hakikat, “ ulas penyanyi Sufian Suhaimi apabila masih ada warganet yang mengaitkan dia dengan Elfira Loy. 


Menurut Sufian, sudah tiba masanya masyarakat berhenti daripada berkata tentang perihal dirinya. 


“Saya tak boleh nak tutup mulut warganet. Masing-masing sudah punya kehidupan sendiri. 


“Tiada sebab untuk kita bangkitkan cerita lama. Lebih baik saya memfokuskan karier seni yang direncanakan sehingga tahun hadapan, “ katanya usai sidang media Separuh Akhir Muzik-Muzik 33 (MM33) di Bukit Kiara, di sini. 


Sementara itu, Sufian tidak pernah menutup pintu hatinya untuk menerima wanita dalam hidupnya. 


“Jujurnya, apa yang berlaku dalam hidup saya sebelum ini, mengajar saya untuk lebih tenang dan sabar.


“Mencari pengganti bukan prioriti saya buat masa ini. Tetapi kalau ditakdirkan saya dipertemukan dengan insan baharu, saya okey sahaja,” jelasnya. - UTUSAN ONLINE