Menurut Syafiq atau Mohd. Syafiq Shamim Abdul Razak, pada mulanya dia ingatkan bapanya bergurau atau cuba melakukan ‘prank’ tetapi setelah beberapa seketika melihat Abdul Razak tidak memberikan sebarang respons, barulah dia sedar itu bukan gurauan.

“Selepas hantar abah ke unit kecemasan, doktor kata berlaku sedikit pendarahan di dalam otaknya tetapi berada dalam keadaan stabil.

“Sebelum ini abah pernah dimasukkan ke hospital akibat penyakit darah tinggi dan ini kali pertama dia terkena serangan angin ahmar,” katanya.

Bagaimanapun, Syafiq bersyukur kerana dia berada di sisi bapanya sewaktu kejadian yang tak diingini itu menimpa keluarganya.

Terdahulu, Abdul Razak tiba-tiba rebah di sebuah pusat karaoke sejurus menyampaikan sebuah lagu ketika hadir memeriahkan majlis ramah mesra bersama peminat yang dianjurkan syarikat pengurusan anaknya, Mask Team. - UTUSAN ONLINE