Malah, pelantun lagu Lara ini terus memberi sepenuh tumpuan lebih-lebih lagi menjelang konsert akhir program realiti itu yang bakal berlangsung Ahad ini.

"Saya manusia biasa, punya perasaan dan sudah tentu benda itu masih ada di dalam diri saya.

"Jadi saya tukar (khabar angin) menjadi sesuatu yang positif dan kadangkala saya alihkannya masuk ke dalam lagu kalau berkenaan.

"Nyanyian boleh mengalihkan perhatian daripada benda-benda yang merunsingkan, membuat saya rasa seperti insan biasa," katanya.

Noryn bersama enam peserta termasuk Amelina, Zamani, Maya, Dia Fadila dan Billy Zulkarnain bakal berentap dalam konsert akhir GV musim ke-5.

Konsert yang berlangsung di Wisma MBSA itu akan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria dan Astro Ria HD. - UTUSAN ONLINE