Pasangan pelakon drama bersiri Dia Semanis Honey itu akan bergabung tenaga menjayakan konsert Just Me Alif Satar & Siti Nordiana In Singapore yang akan diadakan di Shine Auditorium, Shaw Tower Singapura pada 31 Ogos akan datang.

Untuk konsert anjuran Adi Media Pte Ltd itu, Siti Nordiana atau Nana dan Alif akan mendendangkan hampir 20 buah lagu termasuk lima buah lagu duet.

Antara lagu duet yang akan didendangkan oleh Nana dan Alif ialah Sebenarnya yang merupakan runut bunyi drama bersiri terkini, Pengantin Musim Salju lakonan mereka berdua.

Lagu ciptaan Faizal Tahir, Mike Chan, Ezra Kong dan Romeo itu juga merupakan sungle kedua Alif selepas Sesungguhnya Aku.

Bagi yang ingin menonton konsert tersebut tiket-tiket berharga $148, $78 dan $48 telah mula dijual bermula hari ini di talian www.rosevalley.sg. - UTUSAN ONLINE