Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] Konsert Ramli Sarip, Ella bantu etnik Rohingya

Ramli Sarip 2
RAMLI Sarip (tengah) bakal mengadakan Konsert Pelarian yang bakal berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) - UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR 18 Mei - Atas sifat kemanusiaan dan keprihatinan terhadap nasib dan penderitaan etnik Rohingya di Myanmar memanggil lagenda rock negara, Datuk Ramli Sarip untuk menganjurkan Konsert Pelarian yang bakal berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Beliau berkata, ujian yang diberikan kepada etnik Rohingya terlalu berat.

“Apa yang berlaku terhadap etnik Rohingya boleh berlaku di mana-mana sahaja dan sebetulnya negara kita bertuah.

“Saya terpanggil untuk membantu kerana rasa kemanusiaan dan berharap usaha sebegini dapat memberi semangat kepada artis baharu untuk melakukan perkara yang sama,” katanya dalam sidang akhbar Konsert Pelarian yang diadakan di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC hari ini.

Dalam pada itu, Konsert Pelarian ini menampilkan ratu rock negara, Ella sebagai artis jemputan.

Konsert Pelarian terbahagi kepada dua sesi iaitu pada 25 Ogos untuk ‘Gala Dinner’ dan 26 Ogos ini untuk Konsert.

Harga tiket konsert serendah RM83 dan boleh dibeli secara dalam talian www.ilossotickets.com atau menghubungi 603-21706333.

Konsert pelarian turut mendapat kerjasama Kopi Pak Belalang, PWTC dan Universiti Utara Malaysia (UUM).

Konsert ini adalah kesinambungan daripada beberapa siri konsert kemanusiaan yang pernah dilakukan sebelum ini termasuklah Blues Buat Teman Tour 2014 dan Konsert Doa, Langit dan Bumi. - UTUSAN ONLINE

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan