Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] Album Perancis Nurul Wahab teroka pasaran Eropah Disember ini

NURUL WAHAB
NURUL WAHAB

KUALA LUMPUR 13 Sep. - Untung sabut, timbul. Untung batu, tenggelam. Sekiranya nasib berpihak kepada penyanyi Nurul Wahab, album dalam bahasa Perancisnya akan menerobos pasaran Eropah pada akhir tahun ini.

Teruja dengan pembikinan album ‘pertama’ dalam bahasa Perancis, Nurul ketika ditemui di majlis prapelancaran Kelab Pelancongan HVT baru-baru ini berkata, beliau akan berlepas ke Paris pada bulan hadapan untuk pembikinan kulit album tersebut.

“Buat masa ini, belum dapat ditentukan lagi judul album bahasa Perancis saya itu tetapi yang pasti, saya bersama krew akan berlepas ke sana pada Oktober ini,” katanya.

Menurut Nurul, tujuh buah lagu termasuk sebuah lagu dalam bahasa Inggeris dimuatkan dalam album tersebut menggunkan khidmat komposer bernama Kirsten Harma.

Bagaimanapun, Nurul tidak menafikan perasaan bimbang menyelubungi dirinya apabila memikirkan langkah untuk memasuki pasaran Perancis melalui albumnya itu.

Ini kerana, jelas Nurul, bukan mudah untuk menembusi pasaran negara berkenaan yang ternyata industri muzik mereka amat luas.

Biarpun sebelum ini, artis dari Indonesia, Anggun berjaya menembusi dan mencipta nama di Perancis tetapi laluan yang diharungi oleh Nurul agak berbeza jika dibandingkan dengan laluan yang ditempuh oleh Anggun.

“Sudah tentu suami saya, Eric Depp menyokong usaha saya melahirkan album Perancis dan katanya, jika saya perlu berulang-alik Malaysia-Perancis untuk memastikan album saya diterima oleh masyarakat di negara itu, beliau izinkan.

“Sokongan moral daripada pihak sana (Perancis) seperti kata-kata, ‘How are you my favourite singer’ sudah cukup untuk membakar semangat saya untuk mencuba nasib menerusi album ini.

“Makanya, selepas 22 tahun saya mencipta nama sebagai penyanyi di Malaysia, tanah air saya sendiri, sudah tibalah masanya saya membawa nama Malaysia ke Perancis pula,” ujar Nurul yang mengakui beliau lebih bernasib baik dalam memulakan langkah pertama untuk menembusi pasaran muzik Perancis dan Eropah.

Secara terus terang, Nurul memberitahu, bukan beliau enggan melahirkan album dalam bahasa Melayu sebaliknya, sudah ‘tidak terdaya’ untuk melabur dalam pembikinan album Melayu.

“Memang saya nak sangat buat album dalam bahasa Melayu tetapi saya sudah tak larat nak keluarkan duit sendiri.

“Soalnya, ada ke label tempatan yang masih mahukan Nurul?” kata Nurul dalam nada berseloroh.

Mempunyai strategi yang akan diguna pakai bagi memperkenalkan album Perancis Nurul Depp, pihak yang berkenaan percaya, melalui viral (tular) di media sosial, itu dapat membantu penerimaan penggemar muzik di Perancis untuk menerima Nurul Depp dan album bahasa Perancisnya. - UTUSAN ONLINE

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan