Majlis Makan Tengah Hari anjuran Mareepoosa Creative and Event dengan kerjasama pengurusan Palace of the Golden Horses dilihat sebagai majlis penutup kepada sambutan minggu setiausaha yang mana turut diraikan adalah kakitangan pentadbiran.

PENGURUS Besar Palace of the Golden Horses, Isaac Raj
PENGURUS Besar Palace of the Golden Horses, Isaac Raj 

Pengurus Besar Palace of the Golden Horses, Isaac Raj berkata, dengan berlangsungnya persembahan bertemakan Spectacular Secretaries' Week 2019, tempoh 10 tahun pihak hotel tidak mengadakan sebarang aktiviti persembahan sempena Minggu Setiausaha telah berakhir.

"Saya sendiri tidak pasti mengapa Palace of the Golden Horses tidak menganjurkan sebarang persembahan di Minggu Setiausaha selama 10 tahun tetapi yang pasti, dengan penganjur acara, Mareepoosa, kita berjaya mengadakan satu persembahan yang amat menghiburkan," katanya.

SPECTACULAR SECRETARIES WEEK

TETAMU Kehormat, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd. Samad hadir ditemani isteri dan tetamu-tetamu kehormat lain menyaksikan persembahan Minggu Setiausaha, Spectacular Secretaries' Week Luncheon 2019 di Royal Ballroom, Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan, Kuala Lumpur, baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada para penaja yang mendukung majlis Spectacular Secretaries' Week Luncheon 2019 terdiri daripada  pihak Palace of The Golden Horses sendiri, Noir, Ayaq World, Angkasa, Rempah Mak Siti, Hyrem, Koresmatic,Tamargo, Play Cosmetic, Two Tier Lifestyle, The Eyeshop Premium Optometry, Leilani by Quins, D’Johan Delicacies dan Threka Enterprise.

Dalam menyajikan hiburan kepada hadirin, perlu ada sesuatu yang menjadi memori terindah apabila melihat aksi tiga artis di pentas yang sama.

Kelainan yang direncanakan oleh Aishah, Nora dan Alif bagi persembahan pembukaan Spectacular Secretaries' Week Luncheon 2019 ialah idea yang dicanaikan iaitu mengadakan sketsa atau lakonan pendek.

Spectacular Secretaries' Week

SKETSA spontan Aishah, Alif Nasir dan Nora pada persembahan sempena Minggu Setiausaha, Secretaries' Week Luncheon 2019 di Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan, Kuala Lumpur. - UTUSAN ONLINE

Sketsa yang meletakkan Alif sebagai majikan dengan panggilan Tuan Haji sementara Aishah dan Nora berperawatakan sebagai Setiausaha dan Pembantu di pejabat, dialog spontan memujuk Tuan Haji bukan sahaja membenarkan mereka tetapi belanja mereka menonton satu persembahan sempena sambutan minggu setiausaha.

Ketiga-tiga artis melontarkan dialog spontan menerusi lakonan dengan menggunakan dialek daerah iaitu Kedah, Kelantan dan Negeri Sembilan.

Sketsa Aishah, Nora dan Alif bukan sahaja mencuit hati tetapi tidak pernah dilakukan oleh Nora dan Aishah dalam mana-mana persembahan selama mereka menjadi anak seni.

"Idea untuk Nora dan Aishah serta Alif berlakon timbul ketika diadakan sesi lempias otak selepas sidang akhbar untuk menguar-uarkan tentang persembahan sempena sambutan Minggu Setiausaha.

"Cetusan idea bersama ini adalah bagi memberikan sesuatu yang di luar kotak kepada hadirin kerana rata-rata, apabila bercakap tentang persembahan Minggu Setiausaha, artis akan tampil di pentas dan menyanyi sahaja.

"Bagi Aishah dan Nora, tidak pernah kita melihat mereka berlakon dan itu adalah bakat terpendam mereka. Manakala Alif pula gembira dapat berlakon bersama dua penyanyi senior yang amat dihormatinya," kata Pengurus Pembangunan Korporat, Mareepoosa Creative and Event, Kunor Ku Pengiran.

Spectacular Secretaries' Week
AISHAH, Nora dan Alif Nasir menampilkan aksi mereka dalam segmen tribute kepada dua komposer, Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan dan Johan Nawawi sewaktu menjayakan persembahan sempena Minggu Setiausaha, Spectacular Secretaries' Week Luncheon 2019 di Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan, Kuala Lumpur, baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE

Sebelum persembahan pembuka tirai oleh Alif Nasir, komitment bahagian penyediaan dan penyajian makanan (Food and Beverages atau F&B) Palace of the Golden Horses tampil dengan Persembahan Hidangan (Food Presentation) oleh kakitangan F&B.

ALIF NASIR
ALIF NASIR 

Untuk rekod, sajian Barat atau 5 Western Cuisine menjadi santapan para hadirin termasuk tetamu kehormat yang hadir, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad dan isteri, Dr. Zaiton Abu Bakar.

Hadir sama, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Borhan Aman Shah dan isteri, Rahhimah Misran serta Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman dan isteri, Datin Rohayah Ab. Rahman.

Sejurus selepas sketsa spontan, persembahan pembuka tirai oleh Alif Nasir berjaya memukau hadirin yang walaupun sedang menikmati hidangan Barat dengan tiupan saksofonnya termasuk instrumental Sedetik Lebih.

Kemunculan Nora di pentas terus menggamatkan Spectacular Secretaries Week Luncheon 2019. Persembahan enam buah lagu ternyata memuaskan hati para peminat yang sanggup membeli meja untuk hadir menyaksikan persembahan yang julung kali diadakan ini.

NORA

TIDAK melepaskan peluang untuk berswa-foto dengan Nora pada majlis Spectacular Secretaries' Week Luncheon 2019 di Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan, Kuala Lumpur, baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE

Tidak sah kalau persembahan sempena Minggu Setiausaha tidak diselang selikan dengan permainan atau game. Ketika itulah, meriah suasana di dalam Royal Ballroom apabila hadirin mencari hadiah misteri di bawah meja dan bawah kerusi.

Giliran Aishah mengambil tempat terus memukau para hadirin yang 98 peratus terdiri daripada golongan hawa. Mereka berhibur dan terhibur dengan dendangan lagu-lagu Aishah termasuk lagu wajib, Janji Manismu.

SPECTACULAR SECRETARIES WEEK

AISHAH bersama mereka yang berjaya mencari hadiah misteri pada majlis Spectacular Secretaries' Week Luncheon 2019 di Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan, Kuala Lumpur, baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE

Di akhir persembahan, segmen tribute atau penghargaan diadakan khusus bagi dua komposer tanah air, Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan dan Johan Nawawi.

Kedua-dua insan seni ini banyak berjasa kepada industri hiburan tanah air dan mereka pernah menghasilkan lagu-lagu untuk nyanyian Aishah dan Nora.

Dengan iringan tiupan saksofon Kenny G Malaysia, Alif Nasir, segmen tribute berdurasi kira-kiara 10 minit, Aishah dan Nora menyampaikan lagu-lagu berjudul Naluri, Dendam Dalam Diam, Menanti dan Kasih Kita dengan visual throwback kedua-dua allhahyarham dipancarkan di skrin LED, mengakhiri Persembahan Minggu Setiausaha, Spectacular Secretaries Week Luncheon 2019.

Sebahagian daripada kutipan jualan meja Spectacular Secretaries' Week Luncheon 2019 diserahkan kepada wakil sebuah badan bukan kerajaan dan tidak berkeuntungan (NGO), National Diabetes Institute (NADI), Amira Hayati bagi membantu kos perubatan kanak-kanak yang menghidap Diabetes Type-1 di Malaysia. - UTUSAN ONLINE