Bagaimanapun penantian yang sepatutnya dapat direalisasikan pada 5 Mei terpaksa ditangguhkan kepada 14 Julai nanti kerana susasan perlu reda selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Penangguhan tarikh Konsert Radja Malaikat Cinta diterima baik oleh keempat-empat anggota Radja iaitu Ian (vokalis), Indra (bass), Seno (dram) dan Moldy (gitar) yang juga banyak mencipta lagu untuk kumpulan yang berusia 17 tahun.

Mengimbau kembali momen terakhir Radja mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada tahun 2006, Ian berkata, selepas tahun itu, mereka ada membuat persembahan bersama artis seperti Iwan Falls, Dewa dan Slam bertempat di Bukit Jalil.

“Selepas tahun 2006, Radja ada membuat persembahan tetapi bukannya konsert perdana.

“Radja juga ada membuat persembahan bersama Amy Search di Shah Alam.

“Cuma kali ini, tahun 2018, bersesuaian dengan masa dan kelahiran single terbaharu Radja yang berjudul Malaikat Cinta, kita adakan konsert perdana Radja,” katanya pada majlis sidang akhbar di sini, hari ini.

Katanya lagi, apabila diadakan konsert Radja yang tidak bercampur dengan lain-lain artis maka konsert pada 14 Julai nanti dijanjikan sebuah persembahan yang bertenaga dan sempurna.

Sementara itu, Indra berkata, selepas konsert perdana Radja 2006, bukannya mereka tidak mendapat tawaran untuk mengadakan persembahan di Malaysia.

Ini kerana Malaysia adalah rumah kedua kepada Radja, seperti mana yang sering diucapkan oleh artis-artis dari negara seberang.

“Cuma kami tidak mendapat penganjur yang klik dengan kami sehinngalah munculnya tawaran daripada pihak Belbis dan Av Group.

“Penganjur Konsert Radja Malaikat Cinta 2018 bertempat di StarXpo, KWC memahami konsep Radja dan kreativiti mereka selaku penganjur membuatkan sukar untuk kami menolaknya,” kata Indra.

Bersesuaian dengan single terbaharu Radja, Malaikat Cinta yang dipasarkan di Indonesia pada Mac baru-baru ini, hasil karya Radja selama 17 tahun dapat ditonton oleh 6,000 peminat Radjaku dengan pembelian tiket berharga RM285, RM215, RM165, RM125 dan RM85.

Tiket-tiket boleh didapati di www.airasiaredtix.com secara dalam talian atau ada dijual di Rock Corner, The Garden Mid Valley; Victoria Music di Sg Wang dan Amcorp Mall dan di Artis Gallery, Gurney Plaza serta Queensbay Mall, Pulau Pinang. - UTUSAN ONLINE