Jelasnya, di usia 20 tahun, dia mahu lari daripada watak kanak-kanak dan memohon agar diberi peluang untuk membawakan karakter yang bersesuaian dengan usianya sekarang.

“Saya tak nafikan, mungkin kerana tubuh badan saya yang kecil dan wajah yang kebudak-budakan membuatkan ramai produser serta pengarah menawarkan watak kanak-kanak kepada saya.

“Bukan saya menolak bulat-bulat, sekiranya tawaran itu datang saya akan mempertimbangkannya dahulu. Bergantung juga kepada karakter dan jalan cerita naskhah tersebut.

“Tetapi jangan pula kata saya cerewet. Ini semua demi perkembangan kerjaya dan tak mahu peminat bosan nanti,” katanya ketika ditemui di tayangan perdana telefilem, Suatukala di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE