HAFIZ HAMIDUN

Demikian tegas artis yang juga komposer nasyid terkenal, Hafiz Hamidun berhubung hubungannya dengan bekas isteri, Joy Revfa.

Artis berusia 33 tahun itu berkata, dia memilih un­tuk tidak membuat seba­rang komunikasi dengan usahawan kosmetik berusia 30 tahun tersebut.
 “Ada pihak yang menasihati agar kami terus kekal menjalin hubungan sebagai sahabat, namun saya memilih untuk tidak berkomunikasi dengannya.

“Saya tidak mahu menimbulkan sebarang permasalahan kerana kami telah berpisah dengan baik di mahkamah,” jelasnya ketika ditemui dalam Seminar Hala Tuju Hiburan dan Lagu Islami di sini hari ini.

Dalam majlis tersebut, Hafiz Hamidun dijemput sebagai panel forum bagi Isu, Cabaran dan Hala Tuju Hiburan Lagu Islami di Malaysia.

Siti Arifah Mohd. Amin
SITI ARIFAH MOHD. AMIN

Mengulas lanjut, Hafiz berkata, dia kini lebih selesa untuk memberi perhatian dalam bidang kerjaya dan ahli keluarga.

Menurutnya, kesibukan kerja turut membuatkan dia lupa dengan kisah pencerai­annya dengan Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd. Amin.

Hafiz berkata, sokongan daripada semua pihak turut menguatkan semangatnya untuk terus berdakwah dalam bidang seni.

“Apa yang berlaku dalam kes penceraian itu akan saya jadikan pengajaran dan pe­ngalaman terbaik pada masa hadapan terutama dalam mendirikan rumahtangga,” katanya.