Malah dia juga menolak sekiranya ada pihak yang mahu mereka berdua berjumpa dan membincangkan isu yang dibangkitkan oleh Damian menerusi laman sosialnya.

“Saya rasa tak perlu pun untuk berjumpa. Lagipun, saya tak kisah sekiranya ada pihak yang mengecam atau mengkritik secara negatif. Masing-masing ada pendapat sendiri.

“Yang penting, saya teruskan perjuangan muzik dan belajar untuk sentiasa ke hadapan. Kita ambil positif sahaja,” katanya ketika dihubungi UTUSAN ONLINE.

Damian sebelum ini dikatakan mengecam Aiman kerana telah menghina dan mencemarkan muzik hip hop menerusi percubaannya menyanyi rap dalam lagu Terasa Cinta dengan kakaknya, Fara Hazel.

Malah baru-baru ini juga Damian telah memuat naik status yang dianggap sinis oleh peminat terhadap Aiman. - UTUSAN ONLINE