SYANIE

Namun bagi pelakon Syanie, 43, perkahwinan bukan lagi fokus utama buatnya kini. Katanya, perceraian kali keduanya baru-baru ini membuatkan dia cukup berhati- hati dalam membuat keputusan dalam soal memilih pasangan hidup.

“Bila saya berkahwin kali kedua saya fikir itu yang terakhir, memang saya juga tidak mahu perceraian. Namun saya reda dengan ketentuan.

“Bukan soal trauma, cuma buat masa sekarang saya tidak terfikir soal perkahwinan lagi. Senang cerita saya tidak lagi mencari cinta,” katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Persatuan Kuat Berhad dan Sekolah Kebangsaan Seksyen 24 bersama komuniti setempat di Shah Alam baru- baru ini.

Lebih rela mencurahkan kasih sayangnya kepada keluarga sahaja. Syanie atau nama sebenarnya Syaniza Hisham, dalam masa juga tidak berselindung memberitahu ada lelaki yang berstatus suami orang cuba mendekatinya kini.

“Memang ada (suami orang) kononnya ingin kongsi masalah tetapi saya elakkan awal-awal. Ada juga yang kata kasihan melihat saya tetapi ingin saya nyatakan kepada mereka yang saya bahagia begini.

“Kalau boleh memang saya elak. Jujur ketika ini saya lebih senang bersama keluarga yang saya tahu ikhlas menyayangi diri saya,” tambahnya.

Sementara itu Syanie sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Attirmidi Abdul pada 1996 . Selepas 12 tahun menjanda Syanie kembali menjadi isteri kepada Nadi Putera Mohd. Zainol pada 1 Mac 2014, sebelum sekali lagi bercerai pada Februari tahun lalu.-UTUSAN ONLINE