Katanya, meskipun Saleem adalah ayah kandungnya, dia juga menganggap penyanyi rock itu sebagai idola dan mustahil untuk menolak peluang menyampaikan lagu-lagu hit kumpulan Iklim.

“Saya membesar dengan mendengar lagu-lagu nyanyiannya. Amatlah menjadi impian jika saya dapat peluang untuk mempersembahkan sebuah lagu nyanyian ayah saya sendiri.

“Bagaimanapun, semua itu akan jadi kenyataan jika ayah mengizinkannya,” jelas Syafiq atau nama sebenarnya Nursyafiq Farhain AM Salim.

Tambah Syafiq, seandainya Saleem benar-benar telah memberi keizinan kepadanya, dia pasti akan memasukkan beberapa lagu popular Iklim ke dalam senarai lagu pilihan untuk persembahan mingguan BS 2018.

Selain Syafiq, terdapat sembilan lagi penyanyi baharu dan muda bakal berentap di pentas program realiti tersebut yang memulakan siarannya malam ini secara langsung dari Dewan MBSA, Shah Alam. - UTUSAN ONLINE