SUKI LOW berusaha keras untuk menuntut haknya .

Wang tersebut dilaburkan Suki untuk kerjaya nyanyiannya seperti yang dijanjikan sebelum ini.

Selain Galaxy Music, Suki turut memfailkan saman terhadap tiga lagi individu termasuklah Hotshot Entertainment Sdn.Bhd. di bawah Seksyen 304 Akta Syarikat 1965 atas alasan pihak tertuduh telah menipunya berkaitan kes Mahkamah Tinggi pada 2012.

Dalam satu kenyataan minggu lalu, Suki turut mendakwa bahawa wang saman yang dimenanginya dahulu berjumlah RM417,575.17 masih belum diperolehnya atas sebab penutupan syarikat Galaxy pada 2013.

“Penutupan syarikat Galaxy oleh Hotshot Entertaiment adalah satu penipuan bagi mengelak pihak terbabit dari membayar tuntutan wang kepada saya.

“Timbul curiga apabila mereka berkomplot untuk menyatakan penutupan syarikat tersebut ketika pihak guaman saya sedang sibuk menguruskan hal saman penghakiman hingga menyebabkan kes tersebut terpaksa dihentikan,” katanya dalam satu kenyataan.

Suki kini menuntut keseluruhan jumlah tuntutan berserta kesemua kos, faedah dan ganti rugi am daripada semua pihak yang dinyatakan menerusi peguamnya Raj, Ong & Yudistra.

Sementara itu, Suki turut memfailkan aduan salah laku profesional kepada Lembaga Tatatertib Peguam-Peguam tahun lalu terhadap anak guam Galaxy Music iaitu Tetuan Ricky Tan & Co. Sebutan kes tersebut sudah diperdengarkan pada 21 Ogos lalu dan akan bersambung pada 6 Oktober ini.