Gambar terbaharu Siti Nurhaliza
Gambar terbaharu Siti Nurhaliza

Menurut Siti Nurhaliza, 38, beliau mendapat idea untuk mencipta lagu tersebut ketika berada di bilik mandi.

Karya berkenaan juga disifatkan beliau sebagai hadiah istimewa daripada seorang ibu kepada anaknya.

“Saya akan rakam lagu tersebut sebelum bersalin. Setakat ini saya sudah ada tiga melodi dan akan dipilih satu yang terbaik.

“Buat masa ini saya belum dapatkan tajuk dan lirik yang sesuai. Apabila sudah ada lirik, barulah saya akan dapatkan tajuknya,” jelas Siti ketika ditemui dalam majlis pelancaran program jurnal percutian keluarga besar Siti Nuhrliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Program jurnal percutian keluarga itu yang diberi tajuk CTDK-ation diterbitkan oleh stesen televisyen satelit pertama negara, Astro dan akan mula ditayangkan pada 29 Disember ini.

Sementara itu, Siti Nurhaliza memberitahu, beliau juga belum bersedia untuk berkongsi mengenai jantina bayi dalam kandungannya sebagai menghormati permintaan suaminya.

“Tiada tarikh tertentu mengenai pengumuman jantina bayi kami dalam masa terdekat ini. Apabila suami menyatakan persetujuan, barulah perkara tersebut akan dibincangkan,” ujarnya ringkas. - UTUSAN ONLINE