Mengakui teruja dengan komitmen terkininya itu, kata Siti, ini adalah kali pertama dia menjadi duta kepada kelengkapan dapur.


“Saya akui sangat teruja sebab sebagai seorang wanita tentu sahaja set pinggan mangkuk dan periuk adalah antara barangan yang cukup dekat dengan kita.


“Jadi beberapa bulan lalu ketika ditawarkan menjadi duta kepada produk Vantage, saya fikir ini antara ruang terbaik untuk kami menjalinkan kerjasama,” katanya ketika ditemui pada majlis menandatangani kontrak pelantikannya sebagai duta Vantage di sini hari ini.


Berkongsi antara program promosi yang akan berlansung selama tiga bulan bergelar duta produk tersebut, Siti memberitahu, dia akan melakukan demostrasi masakan secara lansung di Go Shop.


“Selain beberapa produk yang dikeluarkan akan mempunyai tanda tangan saya, saya juga akan muncul dalam program Go Shop untuk menunjukkan bagaimana penggunaan produk ini secara lansung.


“Antara resepi masakan yang mungkin saya kongsikan pada program itu nanti adalah ketam masak telur masin tetapi saya akan dibantu seorang cef,” jelasnya. - UTUSAN ONLINE