Pun begitu, Nana yang baru sahaja keluar dengan single terbaharu, Hatiku Milikmu mengakui dia terbuka menerima cinta daripada lelaki lebih muda daripadanya jika ada jodoh antara mereka.


“Memang saya ada menerima pesanan teks di laman sosial daripada lelaki lebih muda yang ingin kenal lebih dekat tetapi buat masa ini tiada yang serius.


“Semuanya sekadar perbualan kosong dan usikan nakal budak-budak remaja. Saya tidak ambil pusing,” katanya kepada Utusan Online.


Nana berkata demikian usai melancarkan single baharu yang diciptanya sendiri, manakala lirik ditulis oleh bekas wartawan, Shana di ibu kota baru-baru ini.


Mengulas tentang hubungannya dengan Fikry Ibrahim, penyanyi berasal dari Seremban, Negeri Sembilan itu cuma menganggap pelakon dan pelawak itu sekadar teman sesama artis, ditambah pula mereka digandingkan untuk mengacarakan Gema Gegar Vaganza musim kedua.


Terdahulu, Nana mendedahkan dia beberapa kali mendapat lamaran daripada suami orang, namun cuba menolaknya secara baik tanpa menimbulkan sebarang masalah. - UTUSAN ONLINE