Khadijah, 20, berjaya menumpaskan 12 peserta lain setelah berjaya meyakinkan pihak juri yang terdiri daripada barisan pelakon, Rita Rudaini, Jasmin Hamid dan Hefny Sahad serta produser terkemuka, Datuk A. Aida.

Pemenang tempat kedua menjadi milik Nur Ainaa Azhari serta tempat ketiga dirangkul Azlin Abdul Aziz.

Khadijah berjaya membawa wang tunai bernilai RM10,000 berserta trofi dan pakej percutian 5 hari 4 malam ke London.

Malah Khadijah juga menerima kontrak lakonan selama dua tahun dengan A. Aida Production.

Sementara itu, Nurfaraazira Yusri yang memakai busana dari Istana Putih menerima Anugerah Pereka Fesyen Terbaik manakala Sifeny Mohd. Osman pula menerima Anugerah Utusan Online. - UTUSAN ONLINE