Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Serina tetap failkan cerai

Serina Redzuawan bersama suami, Gavin Edward O'luanaigh ketika menghadiri aktiviti sekolah anak mere
Serina Redzuawan bersama suami, Gavin Edward O'luanaigh ketika menghadiri aktiviti sekolah anak mereka baru-baru ini. - Gambar Instagram Serina

KUALA LUMPUR 16 Julai - Pelakon Serina Redzuawan, 35, hari ini memuat naik gambarnya sekeluarga di laman Instagram termasuk suami, Gavin Edward O’luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar, sekali gus mengundang tanggapan ramai mengatakan mereka sudah berbaik.

Bahkan, kemesraan yang dipaparkan mereka empat beranak tidak sedikit pun menampakkan pergolakkan yang sedang dihadapi Serina setelah wanita itu memfailkan perceraian pada April lalu.

Bagaimanapun pelakon filem Zack Kapcai itu ketika dihubungi UTUSAN ONLINE menjelaskan, dia dan Salahudin tetap akan meneruskan perceraian, namun hubungan antara mereka berdua masih baik demi anak-anak.

“Selepas saya muat naik gambar tersebut, memang ada komen pengikut yang beranggapan kami sudah berbaik dan tidak akan bercerai. Tetapi, hakikatnya tidak seperti itu.

“Gambar tersebut diambil ketika kami sekeluarga berada di sekolah anak-anak bagi menghadiri aktiviti yang dianjurkan pihak sekolah,” katanya memberi penjelasan ringkas.

Serina dan Salahudin bernikah pada 1 Januari 2010 dan dikurniakan dua cahaya mata, Tristan Tareef, 6, serta Isabella Saffiya, 5. - UTUSAN ONLINE

Lagi Artikel Hiburan
Video Pilihan